Rakam Punggung Wanita,Lelaki Pecah Muka Dibelasah Teruk

loading...
Rakam Punggung Wanita,Lelaki Pecah Muka Dibelasah Teruk


Di Johor Bahru, seorang juruaudit telah dibelasah oleh orang ramai kerana tertangkap merakam video punggung seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki 27 tahun itu yang cedera teruk di kepala dan muka, kini ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
"Rakan wanita itu menyedari perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit merakam punggung wanita 20-an itu dan menegur perbuatan suspek," katanya kepada Harian Metro.
Lelalki terbabit  cuba melarikan diri namun perbuatannya disedari orang ramai lalu menghalang sebelum membelasahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-CARI

Apa Reaksi Anda...

loading...

0 Response to "Rakam Punggung Wanita,Lelaki Pecah Muka Dibelasah Teruk "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close