Rahsia Terbongkar,Remaja 14 Tahun Lahirkan 'Bayi WeChat'

loading...
Rahsia Terbongkar,Remaja 14 Tahun Lahirkan 'Bayi WeChat'


Menggemparkan apabila seorang remaja berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di rumahnya di Simpang Pertang, Selasa lalu.
Lebih mengejutkan apabila ibu bapa remaja terbabit tidak menyedari perubahan pada badan anak mereka.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri melaporkan remaja berkenaan mengenali teman lelakinya menerusi aplikasi WeChat sehingga menjurus kepada hubungan seks. 
Sumber foto: Berita Harian
"Pada mulanya, remaja terbabit mengadu kepada kakaknya sakit belakang sebelum melahirkan bayi.
"Dia pada awalnya meminta kakaknya tidak memberitahu keluarga, namun kakaknya terpaksa memaklumkan ibu bapa mereka selepas menyaksikan keadaannya yang berdarah," katanya kepada Harian Metro.
Othman menjelaskan, remaja berkenaan dibawa ke Hospital Jelebu sebelum membuat laporan di Balai Polis Pertang.
"Remaja ini dan bayinya kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
"Sementara itu, teman lelaki remaja berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Kes itu turut dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - CARI
loading...

0 Response to "Rahsia Terbongkar,Remaja 14 Tahun Lahirkan 'Bayi WeChat' "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close