Kereta Dirempuh Treler,Remaja Sempat Rakam Detik Kematian Di Facebook Live

loading...
Kereta Dirempuh Treler,Remaja Sempat Rakam Detik Kematian Di Facebook Live - Semasa
Detik gembira bertukar tragedi apabila kereta dinaiki dua remaja perempuan dirempuh treler di sebuah lebuh raya di Pennsylvania beberapa hari lalu.
Sumber foto: Mirror
Menurut portal The Times Tribune, sebelum kejadian berlaku seorang daripada mangsa yang juga pemandu, Brooke Miranda Hughes, 18, sempat merakam video dirinya secara langsung menggunakan Facebook Live.
Menurut polis, rakaman berkenaan memaparkan rakan Brooke, Chaniya Morrison-Toomey, 19, sempat mempersoalkan Brooke jika dia sedang menyiarkan video langsung. 
Sebelum sempat Brooke menjawab, rakaman menunjukkan cahaya lampu berkeli-kelip di dalam kereta berkenaan diikuti bunyi tayar yang berciut kuat sebelum video menjadi gelap.
Video langsung itu sempat merakamkan saat akhir sebelum sebuah treler merempuh bahagian belakang kereta dinaiki mereka yang menyebabkan kenderaan itu terhumban dan terbakar, sekali gus meragut nyawa kedua-dua remaja terbabit.
Sumber foto: http://metro.co.uk
Menurut laporan polis, kereta itu dipandu perlahan kerana dipercayai tayar kereta mereka pancit dan berkemungkinan besar menjadi punca kemalangan tersebut.
Pun begitu, pemandu treler terbabit, Michael Jay Parks dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan selain tidak dikenakan sebarang tuduhan jenayah.
Rakaman video berkenaan bagaimnapun dilaporkan sudah dipadamkan daripada akaun Facebook milik Brooke. - CARI
loading...

0 Response to "Kereta Dirempuh Treler,Remaja Sempat Rakam Detik Kematian Di Facebook Live"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close