Berisiko Cetus Kemalangan,Pelekat Cermin Hantu Diharamkan Di Thailand

loading...
Berisiko Cetus Kemalangan,Pelekat Cermin Hantu Diharamkan Di Thailand


Pihak berkuasa Thailand mengharamkan penggunaan pelekat cermin hantu pada kenderaan kerana ia dikhuatiri akan menakutkan pemandu.
Pelekat yang dilekat di cermin belakang kenderaan itu mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus menyebabkan kemalangan.
Imej hantu tersebut tidak kelihatan pada waktu siang namun akan muncul pada waku malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang.
Sebelum ini pelekat tersebut banyak digunakan di China bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248). -CARI

Apa Reaksi Anda...

loading...

0 Response to "Berisiko Cetus Kemalangan,Pelekat Cermin Hantu Diharamkan Di Thailand "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close