ALFATIHAH BUAT ARUAH..Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon.

loading...
Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam
Along Spoon


Genap sudah 15 tahun pemergian Vokalis kumpulan
Spoon, Along Spoon.
Along Spoon yang cukup popular dengan lagu
nyanyian Rindu Serindu-Rindunya . Mereka yang
membesar dengan lagu-lagu pada era-90an pasti
cukup mengenali beliau ini.
Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik
Shafiee pernah mencetuskan satu fenomena dalam
industri hiburan tanah air pada ketika itu.
Kumpulan Spoon yang diketuai oleh Along yang
memiliki suara yang mantap telah berjaya
menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon –
Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999).
Kemantapan Spoon telah disenaraikan dalam
kumpulan slow rock terbaik pada era itu, dan ketika
itu jugalah terciptanya kegemilangan lagu-lagu
jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik
Malaysia.
Bagaimanapun, dalam kehangatan Spoon, Along
dilaporkan hilang. Pelbagai persoalan timbul dalam
benak kepala para peminat setianya, begitu juga
dengan ahli keluarga dan rakan sekumpulannya.
Masing-masing bagai hilang keruan dengan
kehilangan itu.
Namun, selepas 10 hari akhirnya kehilangan Along
terjawab. apabila polis menjumpainya dalam
keadaan yang sudah tidak bernyawa.
Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di
lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-
Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Ikuti
kronologi kes pembunuhannya.
Kronologi Kes Pembunuhan Along Spoon
● 25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-
Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali
sebagai Along Spoon dilaporkan hilang. Ketika itu
dia berusia 19 tahun.
● 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari kehilangan
Along, pihak polis menjumpai rangka manusia
dipercayai jasad Along yang diikat dalam guni di
lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-
Genting Peras, Jelebu.
● 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis
berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki
terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
● 19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan
pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK)
Kuala Lumpur itu, dihadapkan ke Mahkamah
Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.
● 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban
menjatuhi hukuman mati selepas mendapati
Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan
pembunuhan ini.
● 29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat
rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sabitan
hukuman mati terhadapnya.
● 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan
mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas
Lans Koperal Mohamed Ya’cob yang diputuskan
oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
Misteri pembunuhan Along Spoon yang memakan
masa selama 10 tahun selesai.
Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada
perasaan cemburu anggota polis itu.
Selepas kematian Along, Vokalis Spoon pernah
digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu
Azlong, namun masih tidak dapat menandingi aura
suara yang dimiliki Along.
Kerinduan peminat terhadap arwah begitu
mendalam. Bagaikan sudah tiada lagi penggantinya.
Namun, sebelum ini lagi nyayiannya kembali
dimainkan. Lagu popular arwah yang berjudul Rindu
Serindu-Rindunya kini dibawakan semula oleh
penyanyi dari Indonesia iaitu Firman Siagian.
p/s: Buat rakan-rakan yang beragama Islam, sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Bagi pihak admin, admin mendoakan roh arwah sentiasa tenang disamping orang-orang yang beriman..
Kredit - Kisah Misteri Dunia
loading...

0 Response to "ALFATIHAH BUAT ARUAH..Imbasan Kembali Kisah Sedih Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close