Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan memberitahu helikopter tersebut berlepas dari pangkalan pada pukul 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa. Helikopter tersebut terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan.
Semua anak kapal helikopter tersebut selamat.  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan mengawal kawasan sebelmum mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter,
TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sementara itu, menurut sumber juruterbang helikopter tersebut cedera akibat tersepit dan berjaya dikeluarkan.
whatsapp-image-2016-10-04-at-10-58-59-am