PUSARAN LUBUK JEPUN TELAN TIGA MANGSA..

loading...
Lubuk Jepun telan tiga mangsa


GOMBAK - Tiga pemuda termasuk seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seorang lagi pelajar USIM lemas dalam kejadian jam 10.40 pagi di Air Terjun Sungai Pocong Batu 16 di sini semalam.
Muhammad Abdullah, 22; Azrul Hisham Azman, 28 dan Mohd Sazwan Rahim, 28 difahamkan datang ke kawasan rekreasi itu bersama tiga lagi rakan sebelum lemas di lokasi yang dikenali sebagai Lubuk Jepun.
Menurut Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, kejadian dipercayai berpunca apabila salah seorang mangsa tergelincir sewaktu cuba mengambil selipar yang jatuh ke dalam air.
“Mereka seramai enam orang tiba di lokasi untuk berehat dan mandi sebelum salah seorang terjatuh di pusar air dengan kedalaman empat meter.
“Dua rakan mangsa cuba membantu namun turut sama lemas. Sewaktu anggota bomba tiba kesemua mayat mangsa telah dibawa naik hasil bantuan orang awam,” katanya.
Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Dua mangsa berasal dari Johor dan seorang lagi dari Perak.
“Keluarga mangsa telah dimaklumkan kejadian,” katanya.
Rakan dengar jeritan
Sementara itu seorang pelajar UIAM, Abbas Abd Rahman, 20 berkata, dia dan rakan-rakan yang baru beberapa minit tiba di lokasi kejadian mendengar jeritan orang meminta tolong.
“Masa tu hanya seorang mangsa yang berjaya dinaikkan. Lepas hampir setengah jam baru tahu ada dua lagi rakan dia turut sama lemas tapi masih berada di dasar air.
“Dua rakan saya yang mahir berenang menyelam untuk mengeluarkan mangsa. Kami gunakan buluh sebagai petunjuk bagi memudahkan rakan yang menyelam naik ke atas,” katanya.
Katanya, dua lagi mayat ditemui di dasar air berjaya dibawa naik dan hanya dipisahkan beberapa meter.
“Mayat mereka tidak jauh sebab sebelum lemas mereka saling berpaut sewaktu cuba menyelamatkan diri.
“Salah seorang yang berjaya dinaikkan awal juga gagal diselamatkan. Masa dibawa naik dia masih bernyawa dan meninggal dunia sewaktu menunggu bantuan penyelamat tiba,” katanya.

loading...

0 Response to "PUSARAN LUBUK JEPUN TELAN TIGA MANGSA.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close