Lelaki kecewa bunuh diri secara live di facebook

loading...
Lelaki kecewa bunuh diri secara ‘live’ di FB

12 OKTOBER 2016
http://www.sinarharian.com.my/gl … live-di-fb-1.572401
Salinan paparan perkongsian yang viral di Facebook
OSMANIYE – TURKI. Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri menggunakan servis siaran langsung Facebook (Facebook Live), 10 Oktober lepas.
Menurut laporan Mirror, Erdogan Ceren, 22, sebelum ini kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain.


Dalam rakaman yang viral, Erdogan memulakan siaran dengan membacakan puisi yang ditujukan khas kepada teman wanitanya.


“Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang,” kata Erdogan sejurus selesai membaca puisi.


Senjata yang digunakan Erdogan bagaimanapun gagal berfunsi, memaksanya memeriksa senjata berkenaan semula.
Percubaan seterusnya merakamkan bunyi tembakan dan Erdogan terjatuh, sebelum siaran langsung tamat.


Laporan media tempatan mengadakan ahli keluarga yang mendengar bunyi tembakan berkenaan menghantarnya ke hospital.
Mangsa diisytiharkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Sumber: Cari
loading...

0 Response to "Lelaki kecewa bunuh diri secara live di facebook "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close