Lelaki campak iPhone 7 Plus dari tingkat 148 Burj Khalifa..JOM LIHAT SESUATU YG ANEH BILA IA MEMBUKA ICLOUD

loading...



PENGENDALI TechRax mencampakkan iPhone 7 sebagai sebahagian daripada eksperimen dari bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai, baru-baru ini. AGENSI
ABU DHABI 2 Okt. – Seorang lelaki Ukraine yang gemar melakukan eksperimen dengan merosakkan produk keluaran Apple, sekali lagi mencipta kontroversi apabila mencampakkan iPhone 7 bernilai AS$749 (RM3,100) dari bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai baru-baru ini.
Menurut laporan Daily Mail, lelaki tersebut yang juga pengendali akaun laman sosial YouTube dikenali sebagai TechRax mengambil keputusan untuk melakukan ‘eksperimen’ itu sebelum memuat naik bagi tatapan lebih dua juta pengguna laman tersebut.
Klip video itu memperlihatkan krew TechRax yang berada di tingkat 148 Burj Khalifa iaitu pada ketinggian 828 meter ‘membuang’ telefon pintar ber*kenaan.
Namun, telefon pintar itu gagal dikesan semula biarpun dengan bantuan aplikasi Find my iPhone dan dikatakan musnah sepenuhnya.
Eksperimen yang dilakukan oleh TechRax itu turut dipersoalkan orang ramai kerana boleh membahayakan mereka yang berada di bawah bangunan.
“Bagaimana kalau iPhone itu terkena seseorang? Objek kecil dari ketinggian itu boleh jadi sangat bahaya,” tulis seorang pengguna Youtube.
Seorang lain pengguna berkata: “Sedar atau tidak, tindakan kamu boleh menyebabkan kematian.”
TechRax sememangnya terkenal sebagai saluran yang selalu memuat naik video merosakkan produk keluaran Apple.
Setakat ini, Tech Rax dikatakan telah membelanjakan kira-kira AS$6,690 (RM27,600) dengan merosakkan lapan telefon pintar iPhone 7 dan dua iPhone 7 Plus.
loading...

0 Response to " Lelaki campak iPhone 7 Plus dari tingkat 148 Burj Khalifa..JOM LIHAT SESUATU YG ANEH BILA IA MEMBUKA ICLOUD "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close