Isu ‘PhD’ Azizan Osman, Netizen Email, Mesej & Call Universiti Di UK. Jawapan Mereka Berbeza Dengan Kenyataan Azizan Osman

loading...
Isu ‘PhD’ Azizan Osman, Netizen Email, Mesej & Call Universiti Di UK. Jawapan Mereka Berbeza Dengan Kenyataan Azizan Osman
Isu ‘PhD’ Azizan Osman, Netizen Email, Mesej & Call Universiti Di UK. Jawapan Mereka Berbeza Dengan Kenyataan Azizan Osman
Nampaknya isu ‘PhD’ Azizan Osman masih belum reda walaupun syarikatnya Richworks telah mengeluarkan kenyataan bahawa Azizan Osman mempunyai ‘PhD’ dari University Gordon Amerika Syarikat sejak 2009.
Selain itu beliau juga dikatakan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.
Artikel Berkaitan : Phd Dari Amerika Syarikat – Penjelasan Richworks Berhubung Dakwaan PhD Palsu Azizan Osman
Netizen bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan penjelasan terbabit malah menuntut penerangan lanjut. Tak kurang juga ada yang sudah melakukan ‘siasatan’ sendiri dengan menghubungi pihak universiti di sana bagi mengesahkan perkara ini. Berikut hasil ‘siasatan’ mereka yang didakwa benar.
Hasil ‘siasatan’ netizen
az1
Selepas pihak syarikat Azizan Osman mengeluarkan kenyataan tentang isu ini, netizen mula bertindak dan mencari kesahihannya. Ada yang sudah mengirimkan email pertanyaan kepada pihak universiti berhubung perkara ini.
Malah ada yang sudah bertanya menerusi message di Facebook rasmi milik University of Herfordshire. Ini antara jawapan balas daripada pihak universiti itu sendiri.
az2
az3
Call pihak universiti
az4az3
Bukan itu sahaja, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di UK mendakwa sudah menelefon pihak universiti bagi bertanyakan kursus PhD in psychology yang ditawarkan. Ternyata bukan mudah kerana seseorang itu wajib ada degree bagi kursus terbabit terlebih dahulu.
Menguatkan lagi siasatan ini, seorang lelaki dengan akaun Facebook Luqmanul Hakim mendakwa surat yang dikongsi oleh dirinya ini merupakan kenyataan rasmi dari University of Hertfordshire. Dakwanya universiti terbabit menafikan penganugerahan yang bakal diterima Azizan Osman.
az5
Adakah surat asli dan boleh dipercayai? Ini jawapan pihak universiti
az6

loading...

0 Response to "Isu ‘PhD’ Azizan Osman, Netizen Email, Mesej & Call Universiti Di UK. Jawapan Mereka Berbeza Dengan Kenyataan Azizan Osman"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close