HARI INI PENGAKUAN PANAS AWIE VOKALIS ROCK TERKENAL MENUNTUT BAHAWA RAJA SIAM SEKARANG ADALAH DARI KETURUNAN MOYANGNYA RAJA SULAIMAN

loading...
Awie dicabar tunjuk bukti lepas mengaku keturunan Raja Siam


Awie memberitahu sebab utama pernikahan ketiganya berlangsung negara Thailand adalah kerana dia mahu berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyangnya sendiri. “Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sendiri, saya dapati saya sebenarnya adalah keturunan Raja Sulaiman yang berasal dari lokasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini saya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri,”.

INILAH makam Raja Sulaiman yang pernah memerintah Kerajaan Singgora yang kini dikenali sebagai Songkhla.
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Wings, Awie dicabar untuk mengemukakan dokumen salasilah keluarga yang membuktikan bahawa dia merupakan keturunan Raja Siam melalui moyangnya yang bernama Raja Sulaiman.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, adalah orang pertama di negara ini yang mendakwa dirinya berketurunan Raja Sulaiman yang mula memerintah Kerajaan Melayu Singgora pada 1620.
“Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarganya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman.
“Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Wan Shamsudin, selepas kejatuhan Kesultanan Singgora semasa pemerintahan Raja Sulaiman ramai kerabatnya lari ke kawasan lain bagi menyelamatkan diri.
“Terdapat beberapa pemerintah di Thailand yang berketurunan Raja Sulaiman termasuklah Perdana Menteri Thailand ke-22 iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Niphon Srithorn,” ujarnya yang merupakan penulis buku Sejarah Tanah Melayu dan buku Sejarah Sastera Melayu Moden.
Kosmo! semalam melaporkan Awie mendakwa dirinya merupakan keturunan anak Raja Siam melalui moyangnya Raja Sulaiman selepas melangsungkan perkahwinannya dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, Thailand, minggu lalu.
loading...

0 Response to "HARI INI PENGAKUAN PANAS AWIE VOKALIS ROCK TERKENAL MENUNTUT BAHAWA RAJA SIAM SEKARANG ADALAH DARI KETURUNAN MOYANGNYA RAJA SULAIMAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close